Spongebob Squarepants merupakan siri kartun komedi Amerika Syarikat yang telah dicipta oleh seorang Ahli Biologi Marin, Stephen Hillenburg yang memaparkan kisah hidup Spongebob bersama rakanya di Bikini Bottom.
Spongebob mula dicipta untuk menjadi siri televisyen pada tahun 1996 dengan menggunakan nama SpongeBoy Ahoy! namun nama itu terpaksa ditukar kerana nama itu telah didaftarkan cap dagang oleh orang lain.
Dari situlah nama Spongebob digunakan dan pada 17 julai 1999, Spongebob Squarepants telah ditayangkan secara rasmi. Pada musim kedua barulah nama Spongebob ini meraih populariti seperti kau kenal hari ini.
Kejayaan Siri Spongebob Squarepants
Pada 2018 siri Spongebob Squarepants ini telah keudara bagi musim ke-12 dan disambung untuk musim ke-13 pada 17 julai 2019. Dalam tempoh itu dua filem telah dikeluarkan :
1. The SpongeBob SquarePants – 19 November 2004.
2. The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water – 6 Februari 2015.
3. The SpongeBob Movie: Sponge on the Run – 22 Mei 2020.
Siri kartun Bob si Span ini telah menjadi siri yang mendapat rating paling tinggi di saluran Nicklodeon dan ViacomCBS Domestic Media Networks.
Pada penghujung tahun 2017, franchise media untuk cenderamata Spongebob telah menjana pendapatan $13 bilion(RM54 bilion) kepada Nickledeon.
Fakta Spongebob Squarepants
Sebut sahaja Spongebob Squarepants siapa yang tidak kenal? Seketul span yang berwarna kuning dan memakai seluar empat segi, macam boxer kau pakai la kan?. Rancangan kartun ini di popularkan oleh Nickledeon.
Walaupun ramai yang menonton siri kartun ini tetapi mungkin ramai yang tidak tahu fakta-fakta yang menarik disebalik siri kartun ini.
Ayuh kita menyelam bersama-sama di Bikini Bottom untuk menyingkap fakta dan kebenaran yang menarik dan mengarut ini.
1. Watak Spongebob ini dicipta oleh Stephen Hillenburg. Stephen Hillenburg merupakan seorang Ahli Biologi Marin sebelum menjadi seorang animator, penerbit, pengarah, penulis dan kartunis. Stephen Hillenburg telah meninggal dunia pada 26 November 2018.
2. Selain Spongebob antara watak yang popular dalam siri ini sudah semestinya Patrick, Gary, Mr Krab disamping Squidward, Sandy dan Plankton.
3. Spongebob dan rakan-rakan tinggal di Bikini Bottom sebuah kota di laut dalam di bawah Pulau Bikini Atoll. Pulau ini sebenarnya wujud di dunia ini dan terletak di Micronesia. Bikini Bottom merupakan kawasan yang di gunakan oleh Amerika untuk menjalankan ujian nuklear pada tahun 1940-an dan 1950-an.
4. Satu teori yang agak mengarut telah di buat, bahawa setiap watak di dalam siri Spongebob ini adalah di inspirasikan daripada 7 jenis dosa besar.
Spongebob – Hawa nafsu atau Sangat berkehendak (Lust)
Patrick – Malas (Sloth)
Gary – Rakus (Gluttony)
Mr. Krabs – Tamak (Greed)
Plankton – Hasad Dengki (Envy)
Squidward – Pemarah (Wrath)
Sandy – Sombong (Pride)
5. Patrick dan Gary adalah sepupu.
6. Patrick juga mempunyai kakak yang bernama Sam. Bukan Muthusamy Karupiah.
7. Berat Patrick adalah 2 auns berdasarkan lesen memandu beliau.
8. Pada tahun ini Spongebob berumur 33 tahun. Beliau lahir pada 14 Julai 1986.
9. Pada tahun ini Mr. Krabs berumur 77 tahun. Beliau lahir pada 30 November 1942.
10. The Krusty Krab restoren milik Encik Crab yang popular dengan Crabby Fatty merupakan sebuah perangkap Lobster.
11. Pada tahun 2011 para Sainstis telah menemui spesis baru fungi dan fungi itu di namakan sempena nama Spongebob yang di panggil Spongiforma Squarepantsii
.
Itulah sedikit sebanyak fakta dan kisah hidup Spongebob Squarepants dan rakan-rakan di Bikini Bottoms, nak tahu lebih lagi kau cari sendiri.